Monday, June 29, 2009

D7 2717

* Flight sepatutnya depart pukul 6:50am.
* Pagi tadi, aku last passenger check-in. Dah kelam kabut, mat salleh tu malas nak banyak songeh dia bagi aku check-in luggage free of charge. Masa ni dah pukul 6:20am. Beg aku siap mat salleh ni letak sticker "Last Bag for D7 2717".
* Dah settle check-in, aku pun lari laa cepat-cepat pi imigresen. Queue punyalah panjang. Dalam hati aku pikiaq, confirmlah miss flight. Tapi lantaklah, no a big deal pun, boleh saja naik flight MAS petang nanti. Sambil dok beratur aku nampak ada lagi orang-orang yang check-in awal dari aku tapi beratur belakang lagi dari aku. Sah depa ni lepas check-in pi ronda-ronda dulu, sebab tu lambat nak queue.
* Pukul 6:45am, aku still belum naik flight lagi. Baru lepas kena scan kat imigresen. Announcement dah final call for flight to KL.
* Finally, tepat 6:50am baru aku on-board atas flight.
* Seat 36C, duduk sebelah 2 orang makcik minah salleh.
* Tengok jam, pukul 7:15am. Tak depart lagi.
* Pukul 8:00am baru depart. Buat penat aku rushing saja tadi. Hampeh betui delayed punya lama flight ni. Reason being pilot tu announce yang time slot for flight departure Australian bagi salah. Macam tuh pun boleh.
* Atas flight, makcik 2 orang ni terlebih friendly la pula. Penat aku dok layan sembang. Depa 2 ni best friends. Dah tua, tapi masih kuat nak travel merata. On the way to Penang & Langkawi for 10 days holiday.
* Merata-rata depa ni dah pi. Kalau kelentong kat aku, kelentong lah. Aku layan saja. South America, Canada, USA, Europe, South East Asia semua depa ni dah sampai. Malaysia pun ni trip yang kali kedua for them. First time dulu depa pi Sarawak.
* Lama-lama aku pun dah tak dak idea nak layan. Aku excuse myself, ambik laptop, cucuk telinga layan tengok Angels & Demons.
* Milo sekotak RM5 atas flight. Betui-betui wakenabeb. Tapi dah teringin sangat nak minum, bayar juga lah.
* By the time movie habis, dah dekat nak sampai KL.
* Landed tak sure pukul berapa sebab aku tak tengok jam tadi. Terasa bahang kat LCCT. Kalau hari-hari dah kena tak terasa sangat, tapi sebab ubah cuaca dari sejuk ke panas memang terasa.
* Kat airport, masih ada thermal screening for H1N1. Tapi aku tengok macam tak effective saja. Kelam kabut orang pi sana sini. Boleh saja terlepas tak kena scan.
* Custom kat airport pun sama. Ada 5-6 orang custom officer, dok lepak sembang. Aku just jalan pass through macam tu saja. Beg pun tak scan. Aku ingat sebab aku local tapi aku tengok orang lain pun jalan selamba saja. Betui-betui beza dengan negara orang lain. Kalau aku seludup bomb kaa, dadah kaa, sure lepas. Aku pun tak paham apa depa dok buat kat situ.
* Sampai rumah, dok lepak sat. Bosan tak tau nak buat apa, pi Alamanda ingat nak layan Transformers. Show pukul 5:30pm boleh pula sold-out. Ada show pukul 9pm, malas aku nak tunggu.
* Balik rumah, tidoq.

Saturday, June 27, 2009

D7 2716

* Depart pukul 12:05am. Sampai around 11pm macam tu. Still early, aku pun dok lepak dalam departure hall layan tengok orang.
* 5:25am, landed at PER. Outside temperature is at 12C.
* Aku rasa macam baru saja naik kapal terbang tadi. Naik terus tidoq atas flight. Makan minum pun tak, celik mata flight dah landed. Muka tak basuh, terus turun pi imigresen.
* Dalam flight & kat airport tadi, ramai yang pakai face-mask. Banyak juga orang aku dengar dok batuk & bersin. Mesti ramai yang demam. Tapi surprisingly bila kat airport, takdak pun heat sensor macam kat airport Malaysia.
* As usual, aku mesti kena tarik tepi dengan imigresen. Dah selalu kena so aku dah tak rasa apa-apa. Orang lain semua tengah queue nak check luggage. Aku sorang-sorang kat queue lain. Custom officer geledah bag sampai licin. Aku layan saja. Sekali masa dok angkat laptop aku, minah custom ni tanya, "Do you download movies from the internet?" Aku cakap, "No." Dia pun buat bodoh geledah benda lain. Suspen jugalah sat, mau dia suruh on laptop memang kantoi. Penuh movies & mp3 dalam tu.
* Dah rasa a bit awkward, aku pun buat-buat friendly tanya...apasal tak pakai heat sensor dalam airport ni? Kan dah ramai kena demam tonyok (H1N1) ni. Dia cakap, no point pasang heat sensor sebab dah terlampau ramai orang kena kat Australia. "The virus is already here, mate." Betui juga.
* Sampai rumah, on the way banyak pokok-pokok four seasons dah bogel tinggal ranting. Now, dah full winter. Tapi winter sini takdak snow. Just sejuk dan hujan tak henti-henti.
* Glad to be here although this is just a short breakaway trip. Two days is not enough but will do. Early Monday morning flight balik.

Friday, June 26, 2009

MJ

I'm not really a fan tapi memang ada lagu-lagu dia yang tangkap masyuk. Very catchy dan kaki akan automatik gedik-gedik terasa nak moonwalk. One of my fondest memories in regards to MJ, aku teringat masa ni aku dalam darjah 1 atau 2 macam tu. My late father used to drive me to tempat kerja mama nak send her or pick her up from work.

One time, masa on the way to pick up mama, along jalan to Batu Feringghi yang bengkang bengkok, me & my late father pasang kaset MJ kuat-kuat dalam kereta. Masa tu mana ada CD player, just kaset. Just the two of us, dok nyanyi layan "Don't Stop 'til You Get Enough". Bukan tau lirik pun, but just sing along for fun. Bila sampai, we turned down the volume dan buat macam tak dak apa-apa. I can still remember his cheeky smile masa tu.

Lagi satu memory...hampa still ingat video game ni?

Game ni time dulu cukup famous. Tiap-tiap hari lepas sekolah sure singgah dulu kedai video game sebelum balik rumah, sekali main 2 kupang. Aku rasa kalau kumpul-kumpul duit syiling 2 kupang dari dulu main game, mau beribu ringgit juga habis.

Anyway, here's MJ at his prime. Sapa boleh buat macam ni, memang kena respect lah...

Sunday, June 21, 2009

Sometimes

"Sometimes Allah S.W.T breaks our spirit to save our soul. He breaks our heart to make us whole. He sends us pain so we can be stronger. He sends us failure so we can be humble. He sends us illness so we can take care of ourselves. Sometimes, Allah S.W.T. takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us. Allah is Great."

Tuesday, June 16, 2009

Jack of all trades is a master of none

"If you are able to do a lot of things fairly well, you will not have time to learn to do one thing extremely well."

Or are you capable to have every possible skill and to have it in exactly even proportions? So instead of being a master of none, you are in fact master of all...the so called renaissance man. Possible?

Sunday, June 14, 2009

All the rusted signs we ignore throughout our lives..



One of Pearl Jam's best song, this song can get you through the hardest of times.

"All the rusted signs we ignore throughout our lives.
Choosing the shiny ones instead."
Pure lyrical genius.

Saturday, June 13, 2009

All work and no play makes Jack a dull boy

* Baru boleh bernafas sikit nak update blog ni tapi aku tarak cerita lain, semua cerita pasal kerja, kerja, kerja.

* Dua ekoq team members aku dari Australia dah officially kerja kat sini for one whole year. Last weekend aku bawa depa ni pi cari rumah. Punyalah cerewet. Nak dekat KL and Cyberjaya, nak dekat pub, nak dekat kedai makan, takmau tempat sunyi, tak dak traffic jam, nak fully furnished, mesti kena ada air-cond, nak ada gym, nak ada swimming pool, etc, etc....last sekali aku suruh pi cari sendiri. Senang cerita. Banyak sangat songeh.

* Ada sekoq so-called Windows consultant terbang khas dari Sydney nak ajar team aku kat sini. Punyalah kerek nak mampus mamat ni. Dah laa kerek kat office, kat luaq ofis pun sama juga kerek. Asyik dok condemn Asian sana-sini. Aku rasa mamat ni tak pernah travel keluar from Australia, jadi memang tak reti langsung budi bahasa. Kerek & rude tahap beruk mat nyeh. Rasa macam nak bagi makan penumbuk saja kat mamat ni. Patut dia conduct training for 5 days tapi hari Jumaat last day tu boleh pula tuang tak mai office, dia kata dia tak sihat. Punyalaa kelentong macam orang tak tau. Sah-sah nak pi berjalan jauh sebab flight dia hari Ahad.

* Dan yang paling tak tahan, semua benda yang dia ajar walaupun in-depth debugging Windows....semua aku & team dah tau. Kami belajar sendiri waktu mula-mula kena getah dengan project ni. Bila tanya dia lebih-lebih, mula gagap nak jawab. Ada kaa jawab soalan dengan soalan. Ayat common mamat ni..."I'll answer your question with a question". Cinabeng betui. Kalau sekali dua buat macam tu, mungkin laa dia ni terer sebab nak bagi kita pikiaq balik soalan kita. Tapi kalau tiap-tiap kali tanya soalan, dapat soalan balik....memang sah mamat ni kaki putaq. Pentipoooo. Memang buang duit sponsor mamat ni mai sini.

* Tokey kedai turun padang minggu ni. Jadi extra kelam-kabut la minggu ni. Macam tak cukup tanah nak pijak. Meeting sana sini. By the time malam sampai rumah terus flat out.

* Rabu dinner kat Azur, Shangri-La Putrajaya dengan tokey kedai. Food presentation best, food taste biasa saja nothing special but the price gila babas punya mahal. Not worth it bagi aku. Makan free so no hal. Dapat duduk special room, room yang kami saja duduk dalam tu. Guest lain semua makan tempat biasa. Lepas makan, orang tua ni buat gila nak hisap cigar. Nasib laa semua orang buat-buat tak layan. Tapi kalau serius dia nak hisap cigar, aku cakap adios lah.

* Khamis pula dinner kat B's, Pullman Putrajaya dengan tokey kedai juga. Sebab semalam dah a-la-carte, this time just ambik buffet saja. Food choice tak berapa banyak tapi boleh tahan la sedap. Taklah marvelous sampai menjilat jari. After 3 round, aku dah tak boleh nak bergerak. Sampai nak sengkak perut. Balik sini bukannya nak kurus, jadi lagi boroi ada la kot aku rasa. Target nak hilang 10kg in 2 months tapi aku rasa akan tambah 10kg in 2 months.

* On Friday sebelum dia berambos, tokey kedai tepuk bahu aku then kata "This is the shoulder of Atlas". Aku tak tau nak gelak kaa nak menangis. Lepas tu macam biasa dia akan tarbiyah mau dekat sejam. Layan saja as usual. Sambil dengar, sambil sengeh.

* Kerja, kerja, kerja. Kerja teruk-teruk pun bukan boleh bawa masuk kubur. But still kena kerja.

Saturday, June 6, 2009

Tetris

tetris

Bila buka webpage google hari ni, ada tribute to game Tetris. So entry ni untuk orang rumah aku yang sememangnya addicted melampau kat game ni. Dia boleh main game tetris & bejeweled berjam-jam lama non-stop. High score dia pun melampau gila punya tinggi. So far aku tak pernah lagi score higher than her...tapi aku rasa tuh sebab aku malas nak main berjam-jam bukan sebab aku tak terrer.

Friday, June 5, 2009

Broga Hills, Semenyih

Dah lama aku tak layan hiking. Last hiking trip kalau tak salah aku panjat Bukit Bendera kat Penang more 15 years ago. Jadi bila one of my ex-officemate ajak naik bukit, I just can't resist. I really need a break from my daily office routines yang aku rasa semakin sengal sekarang ni.

Meeting point di Pekan Semenyih Petronas station at 6am. Destination is Bukit Broga, Semenyih. Aku sebelum ni tak pernah dengar pun bukit ni tapi dah budak-budak ni cakap bukit ni best and paling senang nak panjat, aku terus ON. Aku sampai Semenyih around 5:45am, singgah Masjid Semenyih untuk subuh lepas tuh terus pi Petronas. Bila sampai sapa pun takdak, rupanya salah station Petronas. Ada 2 Petronas kat Semenyih rupanya, satu kat Jalan Semenyih dan satu lagi kat Pekan Semenyih. Mana nak tau daa.

Pukul 6:20am dah start panjat. Jerry ketua rombongan dah pesan awal-awal suruh bawa torch light sebab memang tak nampak jalan pagi buta ni. Mula-mula kena redah ladang kelapa sawit lepas tu slow-slow dah ascend naik bukit. Aku dalam gelap ni ada la juga rasa cuak. Bukan cuak hantu ka apa...tapi aku cuak kalau tengah dok suluh tuh keluar King Cobra kaaa....Anaconda kaa...yang tu yang aku paling tak tahan.
Broga Hills Broga Hills
Semakin tinggi naik, dah start hutan lalang kiri kanan. Tak susah nak naik bukit ni, jalan dia senang tak payah nak buat stail rock climbing kaa apa. Cuma penat juga laa sebab dah lama tak keluar peluh. Aku pancit juga 3-4 kali masa nak naik ni. Dalam masa sejam dah sampai first puncak bukit. Aku tak tengok jam tapi aku rasa dalam 7 lebih kot masa ni. Sebab sempat dok lepak-lepak tunggu matahari terbit.
Broga Hills Broga Hills
Aku tak dak kamera jadi gambar-gambar ni semua dari handphone aku. Lepak sat kat first puncak, then sambung lagi terus ke second and third puncak. Tapi tak jauh mana pun antara puncak-puncak ni, dalam 5-10 minit saja beza.
Broga Hills Broga Hills
Budak-budak ni memang best. Ada pula idea nak bawa wau main atas bukit ni. Tak sia-sia depa ni usung wau bawa naik atas. Sebab bila kat atas ni, angin memang best. View pun cantik. Very relaxing. Aku pun layan sekali main wau. Bliss.
Kite at Broga Hills
Kite at Broga Hills
Layan main wau atas bukit. Rasa macam budak-budak darjah 4 pula.
Layan jiwa @ Broga Hills
Layan jiwa...

Pukul 8:30am, dah start turun balik. Time ni matahari dah naik, dah mula rasa panas. Jadi, eloklah cepat-cepat berambos. Nak turun sat saja. Aku rasa dalam 30 minit dah sampai bawah. Perut pun dah mengerodak lapaq. Singgah kedai mamak kat pekan Semenyih dengan budak-budak ni layan roti teloq. Baru naik bukit hilang tak sampai 500gm, makan breakfast roti teloq naik balik berat badan 1-2kg. Hehehe.

Overall, aku memang puas hati pi ikut budak-budak ni. Lain kali kalau ada trip macam ni, mesti nak join juga. Saja nak bagi keluar peluh sikit. Otak pun rasa segar bila sedut angin bukit.

To Jerry & Crew......Thank You.

Thursday, June 4, 2009

Wira

Gambar ni aku ambik masa balik kampung a few weeks ago. Baby baru kat rumah. This is Wira, rival adik bongsu aku.

IMG_0048

Monday, June 1, 2009

Akan Ku Kenang

Pernah tak kadang-kadang there is a tune in our head yang tak tau mana mai asyik dengar tak henti-henti. Baru ni aku asyik dengar lagu ni in my mind. Puas aku dok pikiaq lagu apa tapi aku tak leh nak recall. Yang aku tau ni lagu zaman rock kapak dulu-dulu. Adik aku dah tengok aku semacam bila aku dok nyanyi lagu ni masa drive keluar lunch dengan dia. Aku tak tau pun full lirik cuma dok ulang "Kau yang ku sayang, Kau yang ku rindu" tak henti-henti.

Berhari aku dok pikiaq lagu apa. Tadi baru aku jumpa lagu ni dalam youtube. Rupanya lagu dari kumpulan Junction, Akan Ku Kenang. Klasik gila lagu ni. Aku tak pernah tau pun yang kumpulan May & Def-Gab-C pun pernah cover lagu ni.

Kumpulan Junction ni ada lagi satu hits time rock kapak dulu, Demi Cinta Setia. Notis tak lagu rock kapak kebanyakannya semua lagu frust menonggeng? Bila pikiaq balik, memang lawak. Rambut panjang, seluar ketat, muka ganas abis tapi nyanyi lagu tangkap leleh. Sungguh tak rock. Sad but true.