Sunday, May 10, 2009

Inilah Masanya

Today is Mother's Day. So for this special day here is something from my little notebook. I copied this from somewhere years ago and don't know who the author is.

Inilah Masanya

Jika kau ingin menyintai ibu,
Cintailah ibu sekarang supaya ibu tahu,
Keindahan dan kelembutan kasih,
Yang mengukir kudus daripada sanubarimu.
Cintailah ibu sekarang,
Semasa ibu masih hidup,
Usah tunggu sehingga ibu telah pergi,
Kemudian barulah diukir di batu nesan,
Dengan kata-kata indah pada sekujur batu yang sepi.
Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu,
Tunjuklah pada ibu sekarang,
Jika kau tunggu sehingga ibu mati,
Sudah pasti ibu tak dapat mendengar,
Kerna kita dibatasi kelemahan.
Oleh itu, jika kau menyintai ibu,
Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu,
Lafazkan dan buktikan sekarang, sementara ibu masih hidup,
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya.

0 comments: