Entry caca marba for the sake up of updating this blog.
* Back in Oz for a few weeks but will travel again sometimes in May. Banyak benda nak kena study and kerja nak kena buat sampai tak terbuat. At the moment, semua benda letak tepi sebab ada benda lain yang lebih penting dari kerja. Work is just only work. Nothing more, nothing less.
* Office politic sucks - Doesn't matter bangsa apa pun tapi kalau dah start main politik dalam office, memang sucks abis. At the moment big things are happening in the company, semua orang dah secara automatik jadi pandai & rajin, kawan pun dah boleh jadi lawan, lawan pun dah boleh jadi kawan. The knives are out. Must be very careful.
* Bongok punya omputeh - Aku park kereta tak sampai 5 minit tepi jalan kat kedai depan rumah sebab nak beli roti, dah kena saman AUD$60. Memang aku tak puas hati. Bagero watanabe punya omputeh. Bertahun aku dok sini, berlambak saja orang lain pun dok park kat situ, berpuluh kali juga aku park kat situ tak pernah pun kena saman tapi hari ni boleh pula kena. Sebuku roti paling mahal aku beli. Kena make sure makan roti sampai abis, bungkus plastik roti pun kena guna buat balut apa-apa takleh buang macam tuh saja. Baru puas hati.
* Ayam berbulu - Hampa pernah tak makan ayam berbulu? Memang macam hampeh. Tadi lunch aku beli nasi + ayam masak apa ntah kat pak Arab ni. Beli kat surau lepas sembahyang Jumaat. Sampai rumah dah dekat pukul 3:30 petang. Aku dah lapaq yang amat dah. Tengah shiok dok makan (taklaa sedap pun nasi & ayam ni) aku tengok apasal lain macam saja chicken wings ni. Belek punya belek, memang cilako laaa....penuh berbulu lagi chicken wings ni. Bukanlah bulu penuh macam ayam hidup tu tapi berbulu nipis-nipis macam bulu roma tangan tu. Berlambak-lambak bulu. Panjang-panjang pula tu. Kira pak Arab ni main hempuk saja ayam ni tak cuci bersih. Potong stim aku nak makan. Terus cancel. Mangkok punya pak Arab. Confirm aku tak beli dah kat dia.
* CBGB Online - Dulu-dulu masa zaman rock kapak teringin nak pi jenguk sini tapi tak tercapai. Even a few years ago masa kat NY dulu pun tak sempat nak singgah. CBGB ni pun dah bungkus. Tapi sekarang ni zaman internet, tak payah susah payah nak pi NY, boleh saja pi virtually. So here goes the awesomeness of CBGB online, a fantastically detailed virtual walkthrough of the whole place, from the stage to the toilets, the dressing rooms to the mixing desk. By the way, ni tempat maksiat.
* Bila tengok CBGB online tadi, teringat kat Johnny Thunders. Mamat ni ex-New York Dolls, pioneer punk rock movement early 70s. Way before Ramones, Blondie or Sex Pistol. One of his best songs, You Can't Put Your Arms Around A Memory. Tapi aku nak letak version Guns & Roses sebab aku lagi suka version ni. Actually bukan 100% G&R sebab bassist G&R Duff McKagan yang main segala benda dalam lagu ni....guitars, vocals, bass and drums.
Lagu ni bukan about love but actually sebab penyesalan menghisap dadah tapi hisap juga. Kan aku dah cakap omputeh ni bongok.
* Baru ada peluang dengar full album Kings Of Leon, "Only by the Night". Not bad juga depa ni. I likeddddddd. Sekarang tengah nak torrent semua back albums depa ni. Hehehe.
* Camna hampa recharge iPod Touch without laptop? Pakai USB AC charger ka? Takkan setiap kali nak charge kena bawa laptop sana sini. Letih laa macam tu. Aku dah minat pula kat menatang ni. Mula kepala otak dok start pikiaq nak beli iPhone 3G. Or Nokia E71. Or BlackBerry. Or HTC. Or ada brand/model lain macam iPhone yang lagi best? Dugaan nak perabih duit semua ni. Tapi kalau orang present aku nak saja. :P
* Dah cukup dengan benda lagha kat atas, masa untuk insaf pula. Manusia tak dapat lari dari penyakit. Ada macam-macam penyakit, penyakit fizikal, penyakit rohani, penyakit mental, etc. Ada terbaca yang katanya Allah S.W.T. menguji kita dengan penyakit kerana :
1. Allah sayang kita
2. Allah nak beri pahala pada hati yg redha dengan ujianNya
3. Allah ingin menaikkan 'darjat' hambaNya dimata Dia
4. Allah nak beri peringatan i.e. sihat sebelum sakit
5. Allah nak menjadikan ujian itu sebagai kifarah mungkin pada dosa2 kita. Wallahualam.
* Insaf lagi. Rasanya kita ni semua cukup saja makan hari-hari. Ada yang makanan berlambak sampai tak termakan, buang macam tuh saja. Ada pula yang makanan penuh kat dapur tapi tak reti-reti nak makan. Ada pula yang memilih nak makan, tak sedap or tak kena selera takmau makan. Cuba tengok video kat bawah ni, lepas tu pikiaq how lucky we are indeed.
Lepas ni, make sure makan KFC sampai licin. Kalau boleh jilat pinggan tuh sekali.
* Last but least, hari ni birthday mak. She is 80 years old today. Happy Birthday Mak. Aku tau memang dia tak akan baca benda ni tapi aku saja nak tulis juga to express my thanks and gratitude to her for everything. Every single thing. May Allah S.W.T. panjangkan lagi umur mak, beri kesihatan yang baik, kebahagian dunia akhirat dan golongkan dia dengan orang-orang yang beriman. Insya-Allah.
how nice would it be if. . .
18 hours ago
1 comments:
saya suka kings of leon jugak!! :)ca
Post a Comment