By working faithfully eight hours a day you may eventually get to be a boss and work 12 hours a day. - Robert Frost
Monday, November 9, 2009
Sunday, November 8, 2009
081109
Observation
- I only see this happening on low-cost airlines such as Air Asia or Virgin Blue. Gerenti ada orang yang duduk salah seat. Even though dah stated your seat number on your boarding pass, tapi for sure dalam ramai-ramai tuh ada yang gatal bontot nak duduk kat seat orang. Sama ada tak reti baca, salah baca atau memang jenis tak reti bahasa.
- 7 out of 10 stewardess Air Asia mesti rambut karat. Timkai ar? Is it because of their uniforms are red in color so rambut pun kena kaler merah/oren/jingga juga? Last weekend naik Air Asia from KL to Penang, then Penang to KL. All four stewardess dalam flight semua rambut karat. Amazing. By the way, pandai-pandai aku letak 7 out 10 tu. Hehehe.
Irony
- Flight KL to Penang or Penang to KL - 50 minutes travel time one way.
- Drive from LCCT to rumah - 80 minutes with
FerrariKancil walaupun jarak beratus kali ganda pendek. Aku tak sure berapa speed aku bawa sebab meter dalam kereta tuh rosak. But for sure aku memang tekan minyak sampai abis most of the time.
Labels: Garbage 2 comments
Wednesday, November 4, 2009
The Comedian
"Once you realize what a joke everything is, being the Comedian is the only thing that makes sense." - Edward Blake
Labels: Fortune, Garbage 0 comments
Tuesday, November 3, 2009
Betik
Tadi masa lunch selisih dengan Ashterix. Dia tanya aku, "Wey mana gambar betik?". Aku pun sengeh saja. Jadi untuk tidak menghampakan permintaan kawan-kawan, especially si Ashterix ni (sebab dia salah sorang sifu Unix aku dulu) ni aku letak gambar betik.
Tengoklah puas-puas. Enjoy!
Ni betik ranum.
Ni betik lonjong.
Ni betik ada mata.
Ni pula gambar betik terbelah.
Labels: Garbage 2 comments
Sunday, November 1, 2009
This is your life and it's ending one minute at a time...
Thursday 3:15pm, Virgin Blue DJ 570 to Sydney. One of our European partners turun Sydney all the way from Holland. Sebagai pekerja yang dedikasi, aku kena pi melayan jumpa depa ni. Selalu meeting on phone, kali ni pi face to face meeting nak rapatkan apa-apa yang patut.
Atas flight dok layan tengok Fight Club. Hence the quote above for the blog title. Ni kali berapa aku tengok cerita ni aku pun tak tau. But I really like this movie. A thinking movie but yet enjoyable.
Aku dok seat row last sekali. 30D. Aisle seat. Punyalah tak best sebab tepi toilet. Tak henti-henti orang dok masuk keluar nak pi terkencing, terberak. Sebelah seat kanan aku, couple mat salleh. Lelaki dia gemok, pendek dan botak. Awek dia cun melecun macam model David Jones. Orang kata love is blind. Betuilah kot, if you have money as your walking stick. Tapi who am i to make such judgement. Pandai-pandai saja kata kat orang. Anyway, aku cucuk earphones layan Fight Club sampai terlelap. Cuma yang aku tak tahan sebelum terlelap, every 5-10 minutes depa dua ekoq ni dok cemolot tak henti-henti.
Bila sedar, dah almost nak landing. Landing was a bit rough. Melambung-lambung juga aku dok kat tail section ni. Naik teksi pi hotel, tambang teksi AUD 75.00. By the time sampai hotel, dah almost 12am. Tak leh nak berapa lelap. Body clock still 9pm. Plus atas flight dah lelap tadi. On TV, cerita ntah apa-apa, tak sure pukul berapa aku lelap.
Pagi Jumaat bangun, siap terus pi Sydney office. Back to back meeting sampai almost 2pm. Sembahyang Jumaat burn. Musafir untuk 2 hari, ada lah excuse. Lepas lunch pi Rose Bay Marina. Ada boat cruise session dengan business partner. Konon-kononnya continuation meeting pagi tadi. Meeting atas boat, sambil tripping around Sydney Harbour. Company tanggung. Best gila. Hehehe.

Lama juga atas boat ni, aku rasa mau dekat 3-4 jam.

Tengah lalu bawah Sydney Bridge.
Bersosial-sial atas deck boat. Awek dalam gambar ni partner from Holland. Cun tapi dah not available. Penat ofismate aku dok ngayat tapi dia buat-buat tak paham. 
Ni tak tau apa kes. Penat meeting? Mabok laut? Atau mabok todi?
Balik hotel, mandi, keluar balik for dinner. This time dinner agak exclusive. Dinner kat Cafe Sydney. Tingkat berapa aku tak berapa ingat. Tapi restaurant ni kat Customs House betul-betul depan Circular Quay. View from meja makan memang lawa sebab betui-betui mengadap Sydney Bridge.
As usual, benda boleh makan pun cuma seafood with no alcohol. Tapi hentam makan betui-betui. Appetizer saja, seafood platter harga AUD 135.00. Tu belum main course lagi. Dinner start pukul 7pm tapi sampai pukul 11pm still dok ada kat situ lagi. Sampai naik berakar kerusi. Sembang, Layan, Sembang, Layan, Sembang, Layan. Macam best-best saja. Dok round table, 7 orang. 2-3 ekoq siap dok hisap Cuban cigar. Saja depa ni dok offer kat aku, aku buat bodo tak layan. Finally, wrap-up sembang. Rasa lega yang amat. Balik hotel sampai almost 12am lagi.
Pagi Sabtu pi Marriot Sydney. Buffet breakfast kat sana. Sembang lagi. Keluar jalan-jalan depan Circular Quay. Kapal yang besaq gedabak tu MS Amsterdam.
Lunch kat Rossini. Hentam Salmon Fillet, sedap juga. Sambung sembang lagi. Depa ajak pi Bondi Beach pula. Saja jalan nak ambik angin. Follow saja. Sampai Bondi Beach jalan-jalan tepi pantai. Orang punyalah ramai sebab cuaca panas elok. Selamba saja sekoq minah salleh ni buat free show buah betik. Even officemate aku mat salleh pun terkejut tengok. The reason being sebab Bondi Beach ni very public. Not the right place nak buat show macam ni. Tapi she couldn't care less. 
Lamborghini Gallardo Spyder kat Bondi Beach.
Dah puas jalan kat Bondi Beach, on the way balik lalu depan Underwater Bondi Experience. Depa ni teringin nak tengok. Follow lagi sebab banyak saja masa. Masuk kena bayar AUD10. Company tanggung jadi tarak hal. Punyalah kelentong tempat ni. Kalau sapa pi Bondi Beach, serius tak payah masuk. Adalah aquarium dalam ni - 3 biji aquarium. Kedai ikan kat Burmah Road, Penang pun ikan lagi banyak berkali ganda dari kat sini. Lepas section 3 biji aquarium, ada macam teater room. Movie for 20 minutes cerita pasal Bondi Beach. What a rip-off. Serius kena tipu kaw-kaw punya eventhough entrance fee is just AUD10. Kalau bagi masuk free, takpalah.
From there, hantar partner balik pi Marriot. Say goodbye lebih kurang, masing-masing bawa diri. Officemate aku hantar pi airport. Pukul 3:30pm dah sampai airport. Flight Virgin Blue DJ 569 to Perth, pukul 7:55pm. Gila lama nak tunggu. Internet pula tak dak. Adalah Telstra & Optus wi-fi tapi kena pakai credit card nak online. Aku malas nak pakai credit card kalau wi-fi macam ni, serius tak confident. Tak tau nak buat apa dok nganga layan tengok TV. Nasib dapat port baik kat boarding room.
Atas flight, layan tengok Godfather 1. Sambung tengok Godfather 2 half-way dah landing. 16C. Sejuk juga malam tadi. Naik teksi, by 10:30pm dah sampai rumah. Dinner terus pengsan.
Ni pagi Ahad, dok packing barang apa yang patut sambil check email kerja, sambil merapu kat blog ni.
Jumaat & Sabtu tak check email, total 226 unread emails. Ni bukan functional mailbox. Ni personal mailbox aku sendiri. Gilos. Kalau rajin, sat lagi atas flight aku kelebeklah satu-satu mail ni. Catching another flight in 4 hours time, Malaysian Airlines MH124 from here to KLIA. Dua minggu kat CBJ.
"This is your life and it's ending one minute at a time."
Labels: Garbage, Travelogue 0 comments